APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

INTERNAL CLEANING LAPTOP merupakan suatu servis pembersihan habuk – habuk pada bahagian dalaman LAPTOP. Servis INTERNAL CLEANING LAPTOP yang dilakukan ini terutamanya pada bahagian kipas yang berfungsi untuk mengelakkan laptop daripada panas. Apabila laptop menjadi panas, ia akan menjadi punca laptop akan slow dan boleh mengakibatkan komponen dalaman menjadi masalah.

INTERNAL CLEANING perlu dilakukan pada LAPTOP sekurang – kurangnya 1 kali servis dalam 1 tahun. INTERNAL CLEANING LAPTOP dilakukan bertujuan sebagai langkah percubaan untuk meningkatkan performance atau jangka hayat LAPTOP. Apabila kita membuat INTERNAL CLEANING LAPTOP ini, kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk membuat penukaran komponen apabila berlaku masalah.

SEBAB PERLU MEMBUAT INTERNAL CLEANING LAPTOP

1.    Laptop boleh menjadi overheat

2.    Laptop boleh menjadi slow

3.    Bateri Laptop akan cepat habis (drain)

4.    Boleh menghabiskan duit untuk pembaikian komponen yang rosak

CARA MEMBERSIHKAN KIPAS LAPTOP

Cara paling mudah untuk membersihkan kipas anda ialah menggunakan compressed air untuk menyingkirkan habuk keluar dari kipas laptop. Jika tidak mempunyai compressed air, kita boleh membersihkan kipas laptop itu dengan menggunakan kain bersih atau cotton bud, tetapi sedikit sukar kerana fizikal cotton bud yang kecil itu akan melambatkan proses pembersihan.

LANGKAH PEMBERSIHAN KIPAS:

1.    Tutup laptop dan biarkan tiada punca kuasa yang mengalir.

2.    Buka penutup pada bahagian belakang laptop. Pastikan semua skru telah dibuka sebelum membuka penutup belakang.

3.    Jangan keluarkan kipas sepenuhnya dari komputer riba anda kerana ia mempunyai banyak bahagian rumit yang sukar untuk disatukan semula.

4.    Pastikan kipas tidak berpusing semasa membuat pembersihan, tahan dengan satu jari semasa membuat pembersihan.

5.    Lap kipas dengan kain atau cotton bud yang bersih dengan berhati-hati untuk mengelak daripada menghantar habuk ke dalam kipas.

APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

APA ITU INTERNAL CLEANING LAPTOP? ADAKAH WAJIB BUAT INTERNAL CLEANING

     AMARAN PEMBERSIHAN!!!!!

Jangan sesekali mengeluarkan perkakasan daripada komputer melainkan anda mempunyai pengetahuan tentang bahagian komputer. Jika ingin melakukannya sendiri, pastikan menggunakan peralatan yang betul semasa menjalani proses penyelenggaraan peralatan elektronik. Sebagai contoh, memakai gelang anti-static atau sarung tangan anti-static. Seterusnya menjalani pembersihan atau pembaikian laptop di atas anti-static mat. Ini bertujuan untuk mengelak daripada cas daripada badan yang mengalir dalam badan akan mengalir ke komponen elektronik dan seterusnya mengakibatkan komponen itu short dan akan rosak.

Comments