SOLVED : MACBOOK PRO RETINA 15 MODEL A1398 AUTO SHUTDOWN | KEDAI REPAIR MACBOOK
“ALAMAK! MACBOOK tiba-tiba AUTO SHUTDOWN!!!”
“Habislah kerja
semua hilang.. Tak sempat ‘save’ lagi”
“PENATTTNYAAAA!!!!”
“Sebelum ni MACBOOK cuma panas dan bunyi kipas kuat saja.. Tak sangka tiba-tiba akan AUTO SHUTDOWN.” Keluh mereka.
Apabila MACBOOK anda terasa panas dan mempunyai bunyi kipas yang kuat, jangan sesekali ada sikap sambil lewa. Kenapa?? Kerana akibat seterusnya MACBOOK anda akan AUTO SHUTDOWN disebabkan over-worked. Kemungkinan besar MACBOOK anda perlu di service. Hal ini kerana terdapat banyak habuk pada heatsink dan fan serta thermal paste pada processor dan chipset sudah keras.
Hari ini pelanggan kami membawa MACBOOK PRO RETINA 15 MODEL A1398 beliau ke sini kerana masalah AUTO SHUTDOWN. Ini merupakan kali pertama beliau datang ke OK COMPUTER SOLUTION atas cadangan rakan serumahnya.
Pada mulanya technician kami akan check masalah AUTO SHUTDOWN pada MACBOOK beliau dan mendapati bahawa MACBOOK beliau perlu di service iaitu membuat internal cleaning dan juga thermal paste replacement. Perkhidmatan service kami tidak begitu lama, namun beliau tetap perlu meninggalkan MACBOOK beliau di sini dan datang semula apabila dihubungi.
Setelah selesai technician kami membuat service, kami terus menghubungi beliau untuk mengambil MACBOOK nya. Kami akan meminta beliau untuk ‘check’ MACBOOK dahulu sebelum bawa pulang takut berlaku masalah AUTO SHUTDOWN lagi. Setelah seminggu berlalu, beliau memaklumkan bahawa tiada lagi masalah AUTO SHUTDOWN pada MACBOOK nya. Beliau kedengaran gembira kerana tidak lagi ‘stress’ kerja hilang disebabkan MACBOOK AUTO SHUTDOWN.
Keadaan fan yang berhabuk
Habuk pada heatsink
Kawasan processor yang berhabuk
Thermal paste yang telah keras
Comments
Post a Comment