SOLVED : IMAC 21 MODEL A1418 LAG ISSUE | KEDAI REPAIR IMAC
IMAC ada LAG ISSUE?
IMAC
selalu hang?
IMAC selalu slow?
Gejala di atas berkemungkinan bermasalah pada HDD, thermal paste atau RAM yang tidak cukup. Disebabkan itulah ada LAG ISSUE dan ‘hang’.
Kali ini pengguna IMAC 21 MODEL A1418 yang bekerja di sekitar Seberang Perai sebagai seorang pegawai mengalami masalah LAG ISSUE semasa menggunakan IMAC terbabit. Oleh kerana, kerjanya perlu siapkan segera, beliau terus mencari KEDAI REPAIR IMAC terbaik di sekitarnya.
OK COMPUTER SOLUTION muncul di hadapan paparan Google phone beliau. Lihat pada masa beroperasi kami, beliau terus datang ke kedai kami kerana kedai kami beroperasi sehingga jam 6 petang.
Technician kami pada mulanya akan check masalah LAG ISSUE tersebut, dan mendapati masalah tersebut berpunca daripada habuk yang ada pada heatsink serta thermal paste pada processor dan chipset yang sudah keras kerana penggunaan IMAC yang agak lama dan membuatkan ia semakin panas, seterusnya LAG ISSUE semasa menggunakannya.
Heatsink berhabuk
Thermal paste sudah keras
Beliau hanya perlu meninggalkan IMAC nya beberapa ketika dan datang semula untuk mengambil setelah dihubungi oleh technician melalui WhatsApp.
Setibanya beliau, kami akan minta untuk menyemak masalah IMAC terbabit dan mengesahkan tidak mengalami LAG ISSUE seperti sebelum ini. Di samping itu, technician kami berkongsi sedikit tips cara penggunaan supaya tidak berlaku masalah LAG ISSUE lagi.
IMAC yang telah siap service
Beliau sangat berpuas hati dan gembira dengan service yang
diberikan. Perkhidmatan yang baik, cepat dan harga yang berbaloi membuatkan
beliau berasa lega dan yakin untuk datang ke sini lagi. Sudah tentu beliau akan
mengongsikan pengalaman dan ‘recommend’kan kedai kami kepada rakan terdekatnya
yang lain.
Comments
Post a Comment