SOLVED : ACER ASPIRE 4740 AUTO SHUTDOWN | KEDAI REPAIR LAPTOP

LAPTOP tiba-tiba AUTO SHUT DOWN?

LAPTOP tiba-tiba auto reboot?

LAPTOP berasa panas?

Simptom diatas berkemungkinan berlaku masalah pada HDD atau thermal paste. Oleh itu, simptom seperti laprop panas dan AUTO SHUT DOWN sering berlaku.

Hari ini, kami dapati customer milik LAPTOP ACER ASPIRE 4740 yang mengalami masalah AUTO SHUT DOWN pada LAPTOP nya. Beliau mengadu kerana LAPTOP nya sering terpadam dengan sendiri semasa melakukan tugasan.

Beliau merupakan seorang pelajar universiti jurusan perniagaan. Segala tugasannya berada dalam LAPTOP tersebut dan perlu digunakan untuk pembentangan dalam masa terdekat. Beliau runsing apabila LAPTOP nya sering AUTO SHUT DOWN semasa melakukan tugasan. Hal ini kerana semua kerja yang belum di ‘save’ akan hilang dan beliau begitu tertekan dengan kejadian itu.

Kemudiannya beliau mula mencari kedai repair LAPTOP yang terbaik di Facebook dan OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG muncul di tangga pertama dengan rating 4.9 dan page like yang banyak iaitu lebih 10 ribu sukaan membuatkan beliau terus datang ke kedai kami semasa kedai kami sedang beroperasi.

Setibanya beliau di kedai, technician kami terus check on the spot masalah AUTO SHUT DOWN tersebut dan kami mendapati simptom AUTO SHUT DOWN yang beliau hadapi ini berpunca daripada habuk yang ada pada heatsink serta thermal paste pada processor dan chipset beliau sudah keras kerana penggunaan LAPTOP yang agak lama dan membuatkan LAPTOP nya semakin panas.

SOLVED : ACER ASPIRE 4740 AUTO SHUTDOWN | KEDAI REPAIR LAPTOP

Thermal paste dah mula keras


SOLVED : ACER ASPIRE 4740 AUTO SHUTDOWN | KEDAI REPAIR LAPTOP

Bahagian luar fan yang berhabuk

SOLVED : ACER ASPIRE 4740 AUTO SHUTDOWN | KEDAI REPAIR LAPTOP

Fan yang berhabuk

Cadangan yang diberian oleh technician kami ialah membuat internal cleaning service dan thermal paste replacement pada LAPTOP nya dan tanpa menuggu masa yang lama, beliau terus bersetuju untuk membuat seperti yang dicadangkn kerana harga yang kami tawarkan adalah murah dan sangat berpatutan dan berbaloi baginya.

Apabila technician siap membuat internal cleaning service dan thermal paste replacement, kami akan check sekali lagi sebelum call beliau untuk collect LAPTOP nya supaya tiada masalah lain pada LAPTOP nya. Setibanya beliau di kedai, kami akan minta beliau check LAPTOP nya dan jika berpuas hati, beliau perlu membayar dengan harga yang kami berikan. Di samping itu, technician kami berkongsi sedikit tips cara penggunaan LAPTOP nya supaya dapat diguna lebih lama dari biasa.

Setelah menyemak LAPTOP nya, sudah tiada lagi masalah AUTO SHUT DOWN seperti sebelum ini. Beliau amat berpuas hati dengan service yang kami berikan sepanjang beliau datang ke kedai, tinggal LAPTOP dan ambil semula LAPTOP dengan kami. Beliau akan recommend kepada rakan-rakannya jika ada masalah LAPTOP lagi selepas ini.

Comments