SOLVED : LENOVO G480 KEYBOARD ISSUE | KEDAI REPAIR LAPTOP
KEYBOARD hilang KEY?
KEY tak boleh tekan?
KEYBOARD tak berfungsi?
Pagi ini customer datang mengadu KEYBOARD laptopnya tidak
boleh digunakan. Beliau mengadu susah untuk melakukan kerja harian. Jadi beliau
terus menghantar laptopnya ke kedai kami.
Technician selesai diagnose/check dan mencadangkan beliau
untuk replace yang baru.
Apakah punca yang menyebabkan KEYBOARD kehilangan KEY?
·
Kerosakan KEYBOARD juga boleh berlaku kalau kita asyik
tekan KEY dengan kasar atau hentakkan yang kuat.
·
Masalah ke-2 mungkin berpunca daripada air tertumpah
pada KEYBOARD menyebabkan KEYBOARD tidak berfungsi.
·
Masalah ke-3 mungkin berpunca daripada LAPTOP kita
sudah lama tak bawak servis. Jika terlalu lama tidak servis berkemungkinan
banyak lagi kerosakkan pada LAPTOP anda yang anda tidak tahu.
Jika berlaku kerosakan seperti gambar di bawah, perlu ditukar
dengan baru kerana ia didatangi dengan satu
set KEYBOARD LAPTOP.
Apakah SIMPTOM KEYBOARD
anda sudah mula rosak/tak berfungsi.
1. Bila anda
hidupkan LAPTOP kemudian bunyi ‘BEEP’ itu tandanya berlaku KEYBOARD short. Dan
mungkin bila masuk Windows baru bunyi ‘BEEP’ tersebut akan hilang.
2. Bila anda
typing tapi berderet huruf ‘vvvvvvvv’ keluar atau anda tak usik KEYBOARD tersebut
tapi boleh keluar huruf ‘v’
Sebelum
& Selepas ganti KEYBOARD tersebut
Cara penjagaan KEYBOARD yang sesuai adalah
·
Gunakan KEYBOARD protector
·
Elakkan makan/minum berdekatan LAPTOP
·
Gunakan external KEYBOARD ketika bermain game.
Sekiranya anda pemain game yang tegar, anda
dinasihatkan untuk menggunakan external KEYBOARD atau joystick. Kebanyakkan
permainan memerlukan anda menekan beberapa butang secara terus menerus dan
berkali-kali. Anda juga seringkali menekan KEYBOARD LAPTOP anda terlampau kuat
ketika sedang bermain. Ini akan menyebabkan KEYBOARD anda cepat rosak.
· Selalu cuci KEYBOARD menggunakan cuci khas untuk laptop. Beliau berasa sangat gembira kerana tiada lagi masalah tentang KEYBOARD. Kami mengucapkan terima kasih kerana menjadikan OK COMPUTER SOLUTION sebagai pakar penyelesaian masalah yang dihadapinya.
Comments
Post a Comment