SOLVED : ASUS A407U SCREEN CRACK | KEDAI REPAIR LAPTOP
Artikel ini membincangkan tentang laptop ASUS A407U yang mempunyai masalah SCREEN CRACK / pecah / retak / rosak / blank.
Baru-baru ini kami didatangi seorang pelanggan yang membawa laptop beliau yang mengalami masalah SCREEN CRACK. Model laptop beliau adalah ASUS A407U dan seperti biasa, technician kami di OK COMPUTER SOLUTION akan diagnos jenis skrin apa yang digunakan untuk mendapatkan screen yang sesuai dengan yang asal.
Oh ya! Mesti anda semua nak tahu bagaimana SCREEN CRACK laptop ini boleh berlaku. Menurut pemilik laptop, katanya beliau tertumbuk skrin laptop sampai lah jadi SCREEN CRACK macam ni. Mungkin tengah stress daripada gayanya bercerita, jadi kami di kedai OK COMPUTER SOLUTION pun tak nak lah tanya lebih-lebih (hehe..). Kebetulan pula screen ASUS A407U yang crack ni adalah laptop yang biasa beliau gunakan untuk buat kerja. Jadi bertambah stress jawabnya bila dah jadi macam ni.
Setelah beliau meninggalkan laptop, kami akan mengambil masa untuk repair bagi menggantikan dengan screen yang baru. Setelah siap, kami akan hubungi beliau untuk datang check dan mengambil laptop tersebut jika berpuas hati. ‘Feedback’ yang beliau berikan sangat positif atas sebab perkhimatan, layanan pelanggan dan harga yang berbaloi. Beliau kelihatan sangat gembira dan akan mengesyorkan kedai kami kepada rakannya yang lain.
Keadaan sebenar SCREEN CRACK
Screen baru yang akan menggantikan
SCREEN CRACK
Mula memasang screen
Sentuhan akhir pemasangan
Hasil selepas tukar screen
Comments
Post a Comment