SOLVED : ACER AN515-51 HDD PROBLEM ISSUE | KEDAI REPAIR LAPTOP
LAPTOP BUNYI ANEH?
LAPTOP PANAS?
LAPTOP ASYIK LOADING?
Penggunaan laptop sangat dititikberatkan dan amat penting kepada kita, apabila kita pandai menjaga laptop semestinya kita boleh menggunakan dalam masa yang lama. Masalah seperti PANAS/HANG/BUNYI ANEH dikategorikan dalam masalah HDD ISSUE. Apa itu HDD? HDD adalah Hard Disk Drive. Apakah fungsi HDD? HDD merupakan alat mekanikal yang menggunakan pin & disc (macam piring hitam main muzik zaman dahulu). Ia berfungsi sebagai simpanan data anda dalam laptop dan simpanan OPERATING SYSTEM (OS
Pada zaman sekarang, dunia yang sangat moden ini ramai pengguna laptop sudah mula beralih kepada penggunaan SSD iaitu Solid State Drive. Hal ini kerana terlalu ramai pengguna yang menggunakan laptop yang menggunakan HDD mengadu laptop mereka SLOW/PANAS dan sebagainya. Tidak salah jika kita menggunakan laptop yang mempunyai HDD tetapi perlu diingatkan jika berlaku sebarang HDD ISSUE seperti di atas anda perlu bawa laptop anda untuk check/service. Jika dibiarkan lama, berkemungkinan laptop anda akan ROSAK
Pagi ini kami menerima seorang customer dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Walaupun agak jauh iaitu mengambil masa dalam 1 Jam 5 Minit, beliau tetap mahu datang ke kedai kami kerana beliau melihat di google terdapat banyak review bagus tentang kedai ini.
Tanpa membuang masa pakar technician kami diagnose/check laptopnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Contoh, beliau seorang yang selalu menggunakan laptop untuk melakukan kerja hariannya. Beliau membuka browser Google perlu tunggu dalam masa beberapa minit itu belum lagi search atau buka browser yang lain. Beliau mengadu beliau sangat stress untuk siapkan kerja. Disebabkan masalah tersebut beliau terus mencari kami. Pakar technician kami mencadangkan beliau untuk upgrade ke SSD 480GB.
Comments
Post a Comment