SOLVED : MACBOOK PRO 13 MODEL A1278 SCREEN FADED ISSUE | KEDAI REPAIR MACBOOK

MacBook SCREEN PROBLEM ?

MacBook SCREEN PUDAR?

Pernahkan anda merasa MacBook yang digunakan memaparkan warna yang pelik, sama ada terlalu hijau atau biru, malah boleh juga terlalu tinggi kontrasnya? Hal tersebut memang boleh diatasi dengan berbagai cara, salah satunya adalah dengan setting warna dari MacBook yang digunakan. Namun, bagaimana dengan pengguna MacBook?

Pagi ini, salah seorang pelanggan datang ke OK COMPUTER SOLUTION. Beliau merupakan seorang businesswoman. Sebagai ahli perniagaan, dia sering membawa MacBooknya untuk berjumpa dengan clients. Pada suatu hari, dia mendapati skrin MacBooknya bertukar menjadi screen yang malap dan PUDAR. Dia tidak dapat melihat skrin dengan jelas. Malah dia hendak berhubung dengan client juga agak sukar.

Beliau juga sering membuat presentation kepada HQ business tersebut. Beliau juga sering buat live bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli barang yang dijualnya. Jika MacBooknya memparkan screen yang PUDAR, kerjanya akan tertangguh kerana sukar melihat/membaca apa yang dipaparkan. Pihak technician kami check Macbooknya dan didapati masalah mungkin berpunca daripada papan induk (motherboard) MacBook tersebut atau perlu ditukar dengan screen yang baru. Masalah yang  dihadapi beliau memerlukan pihak technician untuk menukar kepada screen yang baru.







·        Untuk kekalkan penjagaan yang rapi , MacBook perlu external service/ internal service sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

·        Pastikan tiada barang seperti pendrive, kunci etc di atas keyboard sebelum menutup screen. Hal ini boleh menyebabkan screen CALAR/MALAP/PECAH.

·        Jangan sesekali angkat pada bahagian screen atau mengangkat screen menggunakan satu tangan sahaja.

·        Sering bersihkan screen dengan pembersih yang dikhaskan bagi MacBook/Laptop.

Setelah siap diganti dengan screen MacBook yang baru , beliau dapat melihat dengan jelas sekali. Tiada masalah SCREEN PUDAR untuk membuat live dan dapat dibawa kemana-mana sahaja. Beliau juga berjanji untuk menjaga MacBooknya sebaik mungkin. Beliau berasa sangat lega kerana pihak kami dapat menyelesaikan masalahnya dalam masa yang singkat. Kami mengucapkan terima kasih kerana memilih kedai OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG sebagai pilihan untuk membaiki masalah MacBooknya.



Comments