SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP JURU | TOSHIBA SATELLITE L745 FEW BUTTON NOT FUNCTION, SUSPECT KEYBOARD PROBLEM
KEYBOARD NOT FUNCTION?
KEYBOARD PROBLEM?
Hi semua, admin nak menceritakan tentang satu masalah yang dihadapi customer iaitu KEYBOARD FEW BUTTON NOT FUNCTION. Beliau mengadu susah nak buat kerja jika ada FEW BUTTON NOT FUNCTION. Jadi, beliau menggunakan external KEYBOARD. Untuk penggunaan jangka masa yang lama beliau mendapati tidak selesa menggunakan external KEYBOARD berbanding KEYBOARD pada laptopnya. Beliau terus menelefon pihak Okcs untuk membawa laptopnya ke kedai.
Sebenarnya kerosakan KEYBOARD berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah:
1.
Letak Makanan Berhampiran Laptop
Setiap
kali nak bekerja di hadapan laptop, ada sahaja benda nak dikunyah untuk
menghilangkan rasa mengantuk, kan?
Tabiat
ini sama sekali tidak salah, cuma kalau boleh elakkan letak air dan makanan di atas meja
yang ada laptop. Ini bagi mengelakkan risiko daripada air tertumpah atau
sisa makanan berterabur atas KEYBOARD. Kejadian ini bukan sahaja
merosakkan KEYBOARD tapi seluruh laptop boleh terganggu. Lagi
lagi kalau air sudah memasuki celah-celah butang KEYBOARD dan
motherboard.
Perkara ini juga boleh megundang semut dan pelbagai jenis serangga untuk berkerumun pada laptop. Lebih bahaya jika serangga tersebut mula membina sarang dan tempat tinggal di dalam laptop anda dan mula mengganggu litar pada KEYBOARD dan motherboard.
2.
Habuk Dan Debu
Habuk
yang halus tu pun boleh jadi punca masalah KEYBOARD?
Sedangkan
rambut yang nipis pun boleh jadi tebal jika disimpan, apatah lagi habuk yang
boleh bergumpal apabila tidak dicuci. Debu-debu halus yang berterbangan di
udara mudah melekat pada laptop dan KEYBOARD anda. Sebab itu pentingnya servis
‘dust cleaning’ yang bertujuan untuk mencuci habuk pada luar dan dalam
laptop anda. Kalau nampak KEYBOARD sudah mula berhabuk, anda boleh mencuci
celah-celah KEYBOARD menggunakan ‘cotton bud’ atau kain basah sahaja.
Bila habuk dah berkumpul sehingga menjadi satu gumpalan yang tebal pada celah-celah butang KEYBOARD, antara kerosakan yang bakal terjadi ialah kesukaran untuk menekan butang KEYBOARD dan butang mudah tercabut daripada KEYBOARD. Solusinya, anda boleh menggunakan ‘KEYBOARD protector’ untuk melindungi permukaan KEYBOARD anda dari terkena habuk.
3.
Tekan Butang Terlalu Kuat
Situasi
ini sering berlaku apabila kita berada dalam keadaan yang
tergesa-gesa membuat kerja ‘last-minute’ ataupun bermain video game online.
Dalam situasi seperti ini, kita akan lebih tercenderung untuk menekan
butang KEYBOARD dengan lebih kuat dan kasar. Ini boleh
menyebabkan kerosakan KEYBOARD seperti butang menjadi longgar lalu tercabut, KEYBOARD mengeluarkan bunyi pelik dan butang tidak dapat berfungsi dengan
betul.
Kalau anda ingin menggunakan laptop untuk bermain game online, sebaiknya anda membeli KEYBOARD yang direka khas untuk tujuan ‘gaming’ ataupun KEYBOARD biasa yang lain untuk anda lenjan. Ini kerana KEYBOARD tersebut memang direka untuk bekerja lebih keras dan lebih tahan lasak berbanding dengan KEYBOARD biasa. Kalau rosak pun, boleh terus beli yang baru.
4.
Beri Pada Anak Kecil
Kita semua tahu bahawa kanak-kanak menganggap semua benda di sekelilingnya sebagai mainan dan makanan buat mereka. Kalau bukan digunakan untuk bermain, mereka akan masukkan ke dalam mulut. Jadi sebaiknya elakkan daripada memberi anak kecil menggunakan atau duduk berhampiran dengan KEYBOARD anda.
Selepas check, didapati pengguna terlalu kasar menekan BUTTON KEYBOARD sehingga membuatkan ia tidak berfungsi.
SOLUTION : NEW KEYBOARD REPLACEMENT
Selepas
selesai menukar KEYBOARD yang baru, beliau berasa sangat gembira. Pihak kami
memberi sedikit tips agar menggunakan KEYBOARD dengan sebaik-baiknya. Terima kasih
kerana memilih Ok Computer Solution Pulau Pinang sebagai pakar penyelesaian
masalah laptop anda 👍
![]() |
KEYBOARD asal |
![]() |
Sebelum ditukar kepada KEYBOARD baru |
![]() |
KEYBOARD baru berfungsi normal |
Comments
Post a Comment