SOLVED : THERMAL PASTE LAPTOP KERAS | KEDAI REPAIR LAPTOP GEORGETOWN
Tips 48 : Salah satu punca laptop atau Macbook korang cepat panas atau panas melampau disebabkan oleh thermal paste pada laptop atau Macbook korang sudah keras
Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu masalah laptopnya cepat sangat panas. Beliau menceritakan kepada kami dengan keadaan laptopnya yang cepat sangat panas ini menyebabkan beliau susah untuk membuat kerja yang perlu disiapkan
Lalu beliau mencari di google berkaitan dengan punca laptop cepat panas dan dapati kedai kami mempunyai banyak artikel berkaitan dengan laptop cepat panas seperti laptop tidak service, habuk banyak pada heatsink dan fan serta thermal paste pada laptop sudah keras
Walaupon beliau tinggal di georgetown, beliau tetap juga datang ke kedai kami kerana beliau tertarik dengan artikel kami dan mungkin juga service yang kami berikan
Ketika beliau sampai di kedai dan menceritakan masalah laptopnya, pihak technician kami mengenal pasti punca laptopnya dan dapati thermal paste laptop beliau sudah keras seperti batu.
Dari segi habuk pada fan dan heatsink tidak terlalu banyak sangat tapi thermal paste pada processor dan graphic chipset beliau sudah keras macam batu
Apabila thermal paste pada laptop sudah keras menyebabkan sistem pengaliran haba dari processor dan graphic chipset akan terganggu lalu menyebabkan laptop jadi cepat panas
Beliau bijak mengambil tindakan yang tepat kerana terus datang kedai kami dengan segera kerana masalah overheating ini lama - kelamaan akan menyebabkan kerosakan pada motherboard
Jadi kami memberitahu kepada beliau punca masalah laptop beliau cepat panas disebabkan thermal paste pada laptop beliau sudah keras dan perlu diganti dengan yang baru
Beliau terus proceed untuk kami tukar thermal paste yang baru serta internal service laptop beliau. Technician kami mengambil masa dalam 30 minit untuk buka semua komponen laptop beliau, cuci keseluruhan laptop beliau, letak thermal paste yang baru dan pasang balik komponen yang dibuka tadi
Jadi beliau hanya menunggu di kedai kerana 30 minit itu tidak terlalu lama
Setelah selesai kami tukar thermal paste dan service laptop beliau, technician kami running test laptop beliau untuk check sama ada masih panas lagi macam sebelum ini atau tidak.
Alhamdulillah masalah laptop panas beliau ini sudah dapat diselamatkan
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG
NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM
Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM
AHAD CUTI
- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth
Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704
FACEBOOK KAMI
Penulis
Comments
Post a Comment