SOLVED : MACBOOK PRO RETINA 15 INCH A1398 AUTOSHUTDOWN | KEDAI REPAIR MACBOOK GEORGETOWN
Tips 51 : Jika korang tengah leka menggunakan Macbook Pro Retina untuk menonton movie atau tengah buat kerja tiba - tiba Macbook Pro Retina korang jadi autoshutdown berkemungkinan Macbook Pro Retina korang perlu menjalani internal service kerana takut habuk pada Macbook Pro Retina korang berkepuk padat didalamnya yang menyebabkan Macbook Pro Retina korang jadi autoshutdown
Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu bahawa Macbook Pro Retina beliau tiba - tiba autoshutdown.
Beliau memberitahu kepada kami yang beliau menggunakan Macbooknya macam biasa seperti design pada Photoshop dan Illustrator, tapi semalam ketika beliau menggunakan Macbooknya tiba - tiba fan Macbooknya pusing laju lalu Macbooknya terpadam sendiri. Selepas itu beliau beritahu semasa kejadian tersebut beliau bau hangit seperti ada benda terbakar pada Macbooknya
Jadi beliau terus membiarkan Macbooknya dalam 30 minit untuk mengurangkan panas. Selepas 30 minit beliau on balik Macbooknya seperti biasa cuma kali ini beliau tidak menggunakan software design cuma menggunakan browser sahaja takut Macbooknya mati lagi
Beliau terus mencari sebab kenapa Macbooknya tiba - tiba autoshutdown. Akhirnya beliau terjumpa artikel kami tentang servis macbook dimana kami menceritakan salah satu punca Macbook jadi autoshutdown disebabkan habuk pada Macbook tersebut sudah berkepuk dan padat
Tanpa membuang masa beliau terus Whatsapp kami menanyakan kenapa Macbook Pro Retina beliau tiba - tiba autoshutdown. Jadi pihak kami menyuruh beliau datang ke kedai kami agar senang pihak technician kami mengenal pasti punca masalah Macbook Pro Retina beliau
Beliau tinggal di Georgetown dimana beliau perlu mengambil masa dalam 30 - 40 minit perjalanan untuk sampai di kedai kami kerana perlu melalui jambatan Pulau Pinang
Semasa beliau sampai dikedai kami, technician kami terus mengambil Macbook Pro Retina beliau untuk diagnose kenapa Macbook beliau jadi autoshutdown
Kami bertanya kepada beliau kenapa beliau sanggup datang dari pulau ke kedai kami. Jadi beliau menjawab kerana beliau tertarik dengan artikel kedai kami dan di area pulau tiada kedai yang boleh repair Macbook
Jadi technician kami memberitahu Macbook Pro Retina beliau perlu internal service untuk bersih segala habuk pada motherboard, heatsink, fan serta tukar thermal paste baru kerana habuk sudah banyak pada motherboard Macbook beliau dan thermal paste Macbook beliau sudah keras seperti batu
Setelah beliau mendengar penjelasan dari technician tentang Macbooknya, beliau terus proceed kerana beliau tidak pernah servis semenjak beliau beli Macbooknya pada tahun 2012
Jadi technician kami mengambil masa dalam 30 minit untuk menjalankan internal service pada Macbook Pro Retina beliau.
Setelah semuanya selesai, technician kami on Macbooknya dan test running dapati Macbooknya tidak terlalu panas dan bila running Photoshop lama - lama pon Macbooknya tidak jadi autoshutdown
Kami menasihati kepada beliau sekurang - kurangnya servis Macbook Pro Retina beliau 6 bulan sekali agar Macbook beliau bebas dari habuk
Jika korang diluar sana yang mengalami masalah autoshutdown pada Macbook Pro Retina korang berkemungkinan Macbook Pro Retina korang perlu menjalani internal service kerana takut habuk pada Macbook Pro Retina korang berkepuk padat didalamnya yang menyebabkan Macbook Pro Retina korang jadi autoshutdown
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG
NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM
Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM
AHAD CUTI
- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth
Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704
FACEBOOK KAMI
Penulis
Comments
Post a Comment