SOLVED : MACBOOK FOLDER QUESTIONMARK | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS
Tips 54 : Jika keluar simbol Folder Questionmark ketika on Macbook untuk masuk ke Mac Osx berkemungkinan cable hard disk Macbook korang sudah rosak
Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu bahawa Macbooknya keluar simbol Folder Questionmark ketika beliau on Macbooknya untuk masuk ke Mac Osx
Beliau menceritakan pada malam semalam beliau perasan Folder Qustionmark pada macbooknya, jadi beliau terus force shutdown dan on balik Macbooknya sudah elok boleh masuk Mac Osx seperti biasa. Jadi beliau menggunakan Macbooknya seperti biasa kerana beliau ingatkan perkara tadi kemungkinan hanya software yang problem
Pagi tadi juga berlaku perkara yang sama, jadi beliau cuba perkara yang sama seperti semalam berharap elok seperti biasa, walaupon sudah restart beberapa kali tapi Macbooknya masih keluar Folder Questionmark
Beliau rasa risau kerana banyak files penting di dalam Macbooknya, jika Macbooknya rosak habis hilang document penting beliau. Jadi beliau terus buka phone dan mencari kedai repair Macbook di Bayan Lepas tapi tiada kedai yang boleh repair produk Apple. Beliau cuba besarkan lagi skop repair Macbook di Penang pula dapati kedai kami menjadi nombor satu pilihan ramai dalam membaiki produk Apple, jadi beliau terus datang ke kedai kami berharap agar kami boleh menyelesaikan masalah Folder Questionmark beliau
Semasa beliau sampai di kedai kami, beliau menceritakan dahulu kepada kami tentang masalah yang beliau alami. Jadi technician kami terus ambil Macbooknya untuk diagnose punca kerosakan masalah Folder Questionmark beliau kerana masalah tersebut berkemungkinan antara masalah Mac Osx, masalah hard disk atau masalah cable hard disk
Jadi selepas technician kami diagnose Macbooknya, technician kami memberitahu kepada beliau bahawa masalah Folder Questionmark beliau terjadi disebabkan oleh cable hard disk beliau yang sudah rosak.
Jadi kami terus confirm dengan beliau tentang masalah tesebut serta harganya. Beliau terus proceed untuk tukar cable baru disebabkan banyak files penting yang beliau perlukannya
Jadi technicinan kami mengambil masa dalam 30 minit untuk menukar cable yang baru untuk masalah Folder Questionmark beliau. Hal ini kerana technician kami perlu tanggalkan cable hard disk lama dan gantikan cable hard disk yang baru
Setelah ganti yang baru, technician kami on balik Macbook beliau untuk check adakah masih keluar lagi masalah Folder Questionmark atau tidak
Alhamdulillah sudah tidak keluar masalah folder questionmark seperti sebelum ini
Jadi kami disini ingin menasihatkan kepada korang diluar sana yang jika keluar simbol Folder Questionmark ketika on Macbook untuk masuk ke Mac Osx berkemungkinan cable hard disk Macbook korang sudah rosak
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG
NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM
Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM
AHAD CUTI
- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth
Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704
FACEBOOK KAMI
Penulis
Comments
Post a Comment