SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

Tips 53 : Pastikan Macbook Pro korang diletakkan diatas meja agar tiada barang jatuh pada permukaan screen Macbook Pro korang atau takut korang sendiri yang terpijak Macbook pro yang boleh menyebabkan front glass Macbook korang korang pecah

Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu front glass Macbook Pro beliau pecah betul - betul di tengah screen Macbooknya. Kami bertanya bagaimana boleh jadi begini dan beliau memberitahu sebenarnya beliau terpijak Macbooknya kerana beliau letak Macbooknya di atas lantai kerana senang untuk menonton movie sambil baring

Ketika beliau terpijak Macbooknya, beliau terus on Macbook untuk tengok keadaan Macbooknya sama ada screen sudah pecah atau tidak. Nasib beliau baik kerana hanya front glass sahaja yang pecah dan bukan screen Macbooknya

Walaupon hanya front glass sahaja yang pecah, beliau terus mencari kedai repair Macbook kerana beliau takut kesan pecah front glass Macbooknya akan merebak. Kebanyakan kedai komputer menolak permintaan beliau untuk tukar front glass baru kerana stok susah dapat dan tiada kepakaran dalam repair Macbook

Beliau terus cari dan mencari akhirnya terjumpa kedai kami. Walaupon beliau tinggal di Bayan Lepas, beliau tetap nak datang ke kedai kami kerana beliau yakin kami boleh menyelesaikan masalah Macbook beliau


SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

Ketika beliau sampai dikedai kami, technician kami terus mengambil Macbooknya untuk diagnose apa lagi kerosakan pada Macbooknya. Alhamdulillah tiada apa - apa kerosakan pada Macbooknya cuma front glass sahaja yang pecah

Jadi kami memberitahu kepada beliau harga tukar front glass baru dan beliau terus proceed sebab dah alang - alang datang ke kedai kami baik terus buat sahaja

Technician kami mengambil masa dalam 50 minit untuk menanggal front glass yang lama serta ganti yang baru. Disini kami ingin menasihatkan kepada korang diluar sana yang nak cuba tanggalkan front glass sendiri pastikan peralatan cukup sebab takut boleh menyebabkan korang terluka dan boleh menyebabkan screen dalam Macbook tersebut pecah

SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

Selepas pemasangan front glass baru Macbook Pro beliau, kami on Macbooknya balik untuk pastikan tiada apa - apa masalah lain yang berlaku selepas pemasangan front glass tersebut

Beliau sungguh gembira dan berterima kasih kepada kami kerana dapat menolong beliau untuk tukar front glass yang baru dalam satu hari sahaja, beliau tak perlu tinggal Macbooknya di kedai

Kami menasihati beliau dan beliau juga berjanji agar tidak letak Macbooknya di lantai kerana boleh menyebabkan masalah tersebut berulang atau masalah lain yang berlaku

Akhir sekali pastikan Macbook Pro korang diletakkan diatas meja agar tiada barang tidak jatuh pada screen Macbook Pro korang atau korang sendiri yang terpijak Macbook pro yang boleh menyebabkan front glass Macbook korang pecah

JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS
OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG


NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM

Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM

AHAD CUTI

- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth

Boleh "Google Maps" atau "Waze"

SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704

SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

FACEBOOK KAMI

SOLVED : FRONT GLASS MACBOOK PRO 13 A1278 PECAH | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS

Penulis

Comments