SOLVED : MACBOOK PRO MASUK SAFE MODE | KEDAI REPAIR MACBOOK BAYAN LEPAS
Tips 52 : Jika korang tengah on Macbook tiba - tiba Macbook korang terus masuk ke Safe Mode berkemungkinan Macbook korang sedang mengalami masalah berkaitan dengan keyboard
Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu bahawa Macbook beliau mengalami masalah seperti diatas. Beliau menceritakan kepada kami kes ini berlaku pada malam semalam dimana beliau on Macbook untuk membuat kerja seperti biasa tetapi Macbooknya terus masuk ke Safe Mode
Walaupon beliau cuba restart dan shutdown Macbook beliau tetap masuk ke Safe Mode seperti gambar diatas. Apabila berlaku kes begini menyebabkan beliau sukar nak masuk desktop kerana Macbooknya tidak boleh run seperti biasa kerana dalam keadaan Safe Mode
Beliau mencari di Google punca Macbook beliau masuk ke Safe Mode dan dapati salah satu puncanya ialah Shift button pada keyboardnya problem. Hal ini kerana menyebabkan Macbooknya masuk ke Safe Mode kerana button Shift tertekan sendiri
Jadi beliau terus mencari kedai repair Macbook yang berdekatan dengan Bayan Lepas. Setelah mencari di Google, beliau dapati kedai kami merupakan antara kedai yang boleh baiki Apple Product. Beliau terus menelefon kami menyatakan bahawa Macbooknya kemungkinan mengalami masalah keyboard
Jadi kami menyuruh beliau datang ke kedai kami untuk technician kami mengenal pasti punca kerosakan Macbooknya. Semasa beliau sampai di kedai kami, technician kami terus diagnose Macbooknya dapati kes Macbook beliau masuk ke Safe Mode disebabkan oleh keyboardnya yang rosak
Kami memberitahu kepada beliau tentang masalah Macbooknya, kebetulan stok keyboard kami untuk model Macbooknya tinggal satu, jadi beliau terus proceed untuk menukar keyboard baru dengan kami
Technician kami mengambil masa dalam 45 minit untuk menukar keyboard baru Macbook beliau kerana Macbooknya perlu tanggalkan motherboard terlebih dahulu sebelum tanggalkan keyboardnya
Setelah selesai pemasangan keyboard baru pada Macbooknya, technician kami on Macbooknya untuk mengenal pasti adakah masih berlaku perkara yang sama seperti sebelum ini. Alhamdulillah Macbooknya boleh masuk Mac Osx seperti biasa
Technician kami juga check button keyboard beliau satu per satu sama ada keyboard baru ada masalah ke tidak. Alhamdulillah semuanya tiada masalah juga
Jika korang juga tengah on Macbook tiba - tiba Macbook korang terus masuk ke Safe Mode berkemungkinan Macbook korang mengalami masalah berkaitan dengan keyboard
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG
NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM
Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM
AHAD CUTI
- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth
Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704
FACEBOOK KAMI
Penulis
Comments
Post a Comment