SOLVED: KEDAI REPAIR SEBERANG JAYA | MACBOOK PRO RETINA 15 A1398 BATTERY BLOATED, SUSPECT BATTERY PROB
Hi, admin nak bercerita tentang masalah yang dihadapi customer iaitu MACBOOK PRO RETINA 15 A1398 BATTERY BLOATED. Hal ini menyukarkan beliau untuk menggunakan MacBooknya membuat kerja - kerja tugasan di outdoor atau indoor kerana kelihatan permukaan keyboardnya agak sedikit kembung. Beliau menelefon pihak kami untuk membawa ke kedai.
Simptom BATTERY BLOATED:
- · Trackpad Macbook anda tidak boleh klik seperti biasa.
- · Anda dah mula perasan Macbook anda tidak lagi duduk di meja dengan stabil.
- · Casing Macbook anda mungkin mula melengkung.
---Selepas selesai check battery health MacBook tersebut,
didapati BATTERY perlu ditukarkan kepada yang baru.
·
SOLUTION: NEW BATTERY REPLACEMENT
Beliau bersetuju untuk menukar kepada BATTERY yang baru.
Admin akan beritahu Tips penjagaan BATTERY MacBook👇
1. JANGAN LETAK MACBOOK DI TEMPAT YANG PANAS
Pastinya anda tahu sebarang peranti Apple ini agak sensitif jika diletakkan di tempat suhu yang panas(contohnya di ruang belakang kereta).sekiranya selalu meletakan MacBook di tempat yang panas, ia boleh merosakan kondisi BATTERY MacBook tersebut. Jadi cuba elakkan letak atau menyimpan MacBook ini di tempat yang bersuhu tinggi.
2. TIDAK MEMBIARKAN MACBOOK DICAS KETIKA TIDAK DIHIDUPKAN
Kebanyakan pengguna MacBook sering membiarkan MacBook mereka terus dicas walaupun MacBook tersebut sudah dimatikan. Untuk pengetahuan anda, pekara ini sebenarnya akan memendekkan lagi jangka hayat BATTERY tersebut kerana telah berlakunya trickle charging. Ianya sama ibarat paip air yang bocor dan ada kemungkinan juga boleh meyebabkan BATTERY MacBook itu menjadi gila/bengong kejap.
3. GUNA ADAPTER MAGSAFE ORIGINAL / OEM SAHAJA.
Disini pastinya amat2 tidak menggalakkan sesama sekali untuk anda mengunakan adapter magsafe MacBook yang palsu(murah). Meskipun original/OEM ini agak mahal tetapi ianya amat berkualiti dan keselamatan anda serta MacBook terjamin. Malah ini juga akan dapat menjaga BATTERY MacBook anda dengan elok.
Selepas menukar kepada BATTERY baru, penggunaan juga agak
lama tidak seperti dulu. Beliau berasa sangat gembira dan sangat berpuas hati.
Beliau akan recommend kepada rakan-rakannya jika mempunyai masalah yang sama
sepertinya. Terima kasih kerana memilih Ok Computer Solution Pulau Pinang
sebagai pakar penyelesaian masalah MacBook anda 😎
Comments
Post a Comment