SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP MACHANG BUBOK | ASUS X452M BATTERY NOT CHARGE, SUSPECT BATTERY PROBLEM
BATTERY NOT CHARGE?
BATTERY PROBLEM?
Hello semua, admin nak cerita tentang masalah yang dihadapi customer iaitu masalah ASUS X452M BATTERY NOT CHARGE, SUSPECT BATTERY PROBLEM. Beliau mengadu bila charge BATTERY tak naik. Jadi beliau hanya On laptop dengan menggunakan adapter sahaja. Jadi beliau segera menelefon pihak kami untuk membawa ke kedai.
KETAHUI 6 PUNCA BATTERY LAPTOP ROSAK.
- 1. Tak Cas BATTERY 8 Jam
Punca bateri laptop rosak yang pertama sekali adalah
tak cas terlebih dahulu.
Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak
Biasa kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam dangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.
Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.
- 2. Terlebih Cas
Punca bateri laptop rosak yang kedua pula adalah terlebih cas atau overcharging.
Biasanya bila charge dibiarkan je macam tu, padahal bateri dah full. Untuk kali cas kali kedua dan seterusnya bila cas sudah full cabut. Sebab bila charging bateri tu panas. Kepanasan boleh menyebabkan kerosakan pada laptop dan bateri.
Ini kerana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama untuk komponen-komponen laptop.
- 3. Guna Laptop Sambil Cas
Punca bateri laptop rosak yang ketiga pula adalah menggunakan laptop sambil cas
Kalau boleh elakkan menggunakan laptop sambil anda sedang charge bateri laptop ini kerana bateri laptop mempunyai kitaran(cycle) tertentu. Semakin banyak kali anda charge bateri semakin berkurang kitaran (cycle) bateri tersebut.
Jadi saya cadangkan masa yang sesuai untuk charging adalah bila peratusan bateri anda bawah 10%. Ini kerana kalau anda charging bateri anda 50% ia akan dikira 1 cycle. Dan sebelum bateri laptop anda nak full, katakan 98% anda dah boleh cabut charger tersebut.
- 4. Bateri Laptop Terhempas
Punca bateri laptop rosak yang keempat pula adalah bateri laptop pernah terjatuh atau terhempas.
Ini juga boleh menjadi faktor di mana hentakan atau hempasan yang berlaku pada bateri itu berkemungkinan besar akan mempengaruhi kondisi dan jangka hayat bateri tersebut ataupun paling teruk, ia boleh menyebabkan bateri laptop rosak.
- 5. Guna Bateri Terpakai
Punca bateri laptop rosak yang kelima adalah menggunakan bateri terpakai ataupun secondhand.
Dah nama pun secondhand, ini mesti reject awal-awal sebab anda tidak tahu kondisi bateri tu macam mana, kitaran bateri, jangka hayat dan ini semua tidak di ketahui.
- 6. Penggunaan Atas Permukaan Lembut
Dan punca bateri laptop rosak yang terakhir adalah penggunaan laptop atas permukaan yang lembut.
Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal , selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.
- SOLUTION: NEW BATTERY REPLACEMENT
Selepas menukar kepada BATTERY yang baru, beliau tidak
perlu risau dengan masalah BATTERY NOT CHARGE. Beliau amat berpuas hati dan
beliau mendengar semua tips yang diberikan oleh admin. Thank you for choosing
Ok Computer Solution Penang as your laptop specialist expert 👍
![]() |
Before change to the new BATTERY |
![]() |
Install new BATTERY |
![]() |
After change to the new BATTERY |
Comments
Post a Comment