SOLVED : SKRIN LAPTOP PECAH | KEDAI REPAIR LAPTOP KULIM
Tips 59 : Sebelum menutup skrin laptop korang, sila pastikan tiada apa - apa benda diatas keyboard seperti skru, earphone, pen, alat - alat keras dan tajam yang boleh menyebabkan skrin laptop korang pecah berderai
Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu bahawa skrin laptopnya sudah pecah. Beliau memberitahu kepada kami sebelum tutup skrin laptopnya, beliau sudah check pada bahagian keyboard memang tiada apa - apa yang tertinggal kerana beliau nak menutup skrin laptopnya
Tetapi apabila nak buka laptopnya harini, beliau tengok tiba -tiba skrin laptop beliau sudah pecah seribu. Jadi disebabkan beliau nak sangat guna laptopnya kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan, beliau mencari kedai repair laptop di area Kulim, Lunas dan Bukit Mertajam di Google dan Facebook
Beliau terjumpa iklan kedai kami di Facebook dan apabila beliau buka google cari kedai repair laptop jumpa juga kedai kami disana. Sebelum beliau datang ke kedai kami, beliau cuba whatsapp kami bertanya adakah kami boleh menyelesaikan masalah laptop beliau
Jadi kami menyuruh beliau datang ke kedai kami agar kami boleh full checking punca masalah laptop beliau. Beliau terus datang ke kedai kami berharap kami boleh menyelesaikan masalah beliau
Semasa beliau sampai dikedai kami, technician kami terus diagnose laptopnya dan dapati punca skrin laptop beliau pecah disebabkan ada tekanan dari atas atau ada barang yang terselit semasa beliau tutup laptopnya
Jadi kami beritahu kepada beliau harga tukar skrin baru untuk laptopnya. Setelah beliau dengar penjelasan dari kami, beliau terus proceed tukar skrin baru kerana beliau perlu menggunakan laptopnya secepat mungkin untuk buat kerja yang tertangguh. Beliau beritahu kepada kami yang harga yang kami berikan berpatutan kerana sebelum beliau whatsapp kami, beliau ada whatsapp kedai lain dan harga tukar skrin laptopnya agak mahal
Jadi technician kami mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk tukar skrin laptopnya. Setelah selesai tukar skrin baru, technician kami terus cuba skrin baru adakah elok untuk jual kepada beliau atau tidak. Alhamdullillah skrin baru kami elok dan terus pasang casing dan bagi kepada beliau
Beliau berterima kasih kepada kami kerana layanan kami, servis yang pantas serta harga yang berpatutan. Beliau juga beritahu yang beliau akan rekomen kepada kawan - kawannya untuk datang ke kedai kami jika ada masalah laptop
Disini kami ingin menasihatkan kepada anda diluar sana sebelum menutup skrin laptop korang sila pastikan tiada apa - apa benda diatas keyboard seperti skru, earphone, pen, alat - alat keras dan tajam yang boleh menyebabkan skrin laptop korang pecah berderai
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG
NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM
Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM
AHAD CUTI
- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth
Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704
FACEBOOK KAMI
Penulis
Comments
Post a Comment