SOLVED : LAPTOP PATAH | KEDAI REPAIR LAPTOP BAYAN LEPAS
Tips 57 : Sila pastikan laptop korang diletakkan diatas meja atau atas kerusi dan jangan sesekali meletakkan dilantai kerana boleh menyebabkan korang tersepak, terpijak dan sebagainya yang boleh menyebabkan laptop korang patah, casing pecah dan paling teruk laptop korang terkepak
Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang ke kedai kami mengadu laptop beliau patah pada bahagian hinge kerana beliau tidak sengaja tersepak laptopnya kerana beliau letak laptopnya di atas lantai
Beliau memberitahu kepada kami yang beliau selalu meletakkan laptopnya diatas lantai kerana senang untuk beliau untuk baring sambil menonton movie pada laptopnya. Tetapi semalam ketika beliau nak pergi ke tandas, beliau tidak sengaja tersepak laptopnya lalu menyebabkan laptopnya patah pada bahagian hinge
Ini telah menyebabkan laptop beliau jadi tempang sebelah kerana hinge laptopnya tidak boleh tampung untuk mendirikan screen laptopnya. Jadi beliau mengambil buku untuk menahan dari belakang pada bahagian screen agar screen boleh menegak seperti biasa
Beliau berfikir sampai bila beliau perlu buat begini, akan jadi masalah lain kalau beliau membawa laptopnya untuk kegunaan diluar rumah. Jadi beliau terus mencari kedai repair laptop berdekatan area pulau kerana beliau tinggal di area Bayan Lepas
Beliau sudah pergi beberapa kedai disana tetapi ada diantaranya tiada stok, ada yang tidak jual dan sebagainya. Beliau perasan iklan kedai kami di google dan facebook, tapi beliau tidak mahu ambil keputusan untuk datang ke kedai kami kerana kedai kami berada di Bandar Perda Bukit Mertajam manakala beliau tinggal di Bayan Lepas
Tetapi disebabkan kebanyakan kedai tiada stok dan sebagainya, beliau cuba untuk menelefon kami untuk bertanya adakah kami boleh menyelesaikan masalah laptop beliau
Jadi kami memberitahu kami pernah repair masalah laptop pecah, laptop hinge patah, laptop terkepak dan sebagainya. Jadi beliau terus datang ke kedai kami berharap yang kami boleh menyelesaikan masalah laptop beliau
Semasa beliau sampai dikedai kami, pihak technician kami mengambil laptopnya untuk diagnose punca kerosakan laptopnya. Setelah diagnose dalam 10 minit, technician kami memberitahu kepada beliau hinge laptopnya sudah patah dan perlu diganti yang baru
Kami memberitahu harga untuk tukar hinge baru serta perlu order jika beliau bersetuju. Setelah beliau mendengar penjelasan dari kami, beliau terus proceed untuk repair kerana beliau memberitahu kedai - kedai sebelum ini macam tidak mahu repair laptopnya dan kedai tersebut beritahu model laptopnya sudah terlalu lama
Jadi beliau tinggal laptop beliau untuk digantikan dengan hinge yang baru. Setelah sampai hinge baru techician kami mengambil masa dalam 30 minit untuk process installation pada laptopnya
Setelah pasang hinge baru, screen laptop beliau boleh berdiri tegak seperti asal. Beliau datang ambil laptopnya dikedai kami dan beliau berkata beliau amat berpuas hati dengan servis yang kami berikan kepada beliau
Jadi korang diluar sana sila pastikan laptop korang diletakkan diatas meja atau atas kerusi dan jangan sesekali meletakkan dilantai kerana boleh menyebabkan korang tersepak, terpijak dan sebagainya yang boleh menyebabkan laptop korang patah, casing pecah dan paling teruk laptop korang terkepak
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG
NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM
Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM
AHAD CUTI
- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth
Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704
FACEBOOK KAMI
Penulis
Comments
Post a Comment