SOLVED : SERVICE BATTERY MACBOOK PRO 13 A1278 | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

SOLVED : SERVICE BATTERY MACBOOK PRO 13 A1278 | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Tips 43 : Jika Macbook pro atau Macbook air korang keluar sign "Service Battery" pada icon battery Macbook korang menunjukkan sudah tiba masanya battery Macbook korang perlu diganti dengan yang baru

Artikel kami kali ini mengisahkan customer kami datang mengadu kepada kami bahawa beliau perasan ada keluar sign "Service Battery" pada Macbook beliau dan juga beliau perasan sejak akhir - akhir ini jangka masa tahan battery Macbook beliau juga makin berkurang

Beliau beritahu kepada kami sebelum ini battery Macbook beliau boleh tahan dalam 7 - 8 jam dengan penggunaan yang normal, tetapi sejak keluar sign "Service Battery" pada Macbooknya jangka masa battery Macbook beliau turun kepada 3 - 4 jam sahaja dengan penggunaan yang sama

Hal ini menyebabkan beliau sering membawa adapter Macbooknya ke mana - mana kerana takut apabila menggunakan Macbook diluar rumah tiba - tiba Macbooknya mati disebabkan battery beliau tidak tahan lama

Beliau juga beritahu kadang - kadang beliau rasa pening kepala kerana susah untuk mencari plug apabila beliau berada diluar atas urusan kerja untuk beliau sambungkan adapter beliau ke Macbook kerana battery Macbooknya sudah habis

Tanpa beliau mengambil masa yang lama, beliau mencari kedai repair Macbook yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah "Service Battery" Macbook beliau. Akhirnya beliau terjumpa kedai kami di ruangan iklan Facebook yang mengatakan kami boleh membaiki masalah Macbook seperti masalah beliau

Ketika beliau datang ke kedai kami untuk menceritakan masalah battery Macbook beliau, pihak technician kami diagnose Macbook beliau menyatakan masalah "Service Battery" pada Macbooknya menunjukkan battery Macbook beliau hampir rosak dan perlu diganti dengan yang baru

Setelah beliau mendengar penjelasan dari pihak technician kami beliau terus setuju untuk tukar battery Macbook beliau dengan kami

Technician kami mengambil masa dalam 15 minit untuk proses penukaran battery lama ke battery baru Macbook beliau. Proses tersebut tidak mengambil masa yang terlalu lama kerana battery Macbook beliau sudah boleh dilihat dan ditukar apabila cabut casing bahagian luar Macbook tersebut


Setelah technician kami menukar battery Macbook beliau, technician kami menjalankan quality control untuk memastikan battery yang baru ditukar itu masih dalam keadaan yang baru dan elok.

Seperti gambar diatas menunjukkan tiada lagi sign "Service Battery" pada icon battery Macbook beliau seperti sebelum ini


Selain itu pihak technician kami menunjukkan dengan lebih terperinci kepada beliau tentang capacity battery baru yang sudah dipasang serta penggunaan cycle count pada battery tersebut

Setelah semuanya kami beritahu kepada beliau, akhirnya beliau amat berpuas hati dengan hasil kerja kami serta bimbingan dari kami tentang cara penjagaan battery Macbook kepada beliau

Jadi jika korang diluar sana yang mengalami masalah Macbook pro atau Macbook air korang keluar sign "Service Battery" pada icon battery Macbook agar boleh bawa Macbook korang ke kedai repair Macbook untuk mengenal pasti punca masalah Macbook korang

JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

SOLVED : SERVICE BATTERY MACBOOK PRO 13 A1278 | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS
OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG


NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM

Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM

AHAD CUTI

- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth

Boleh "Google Maps" atau "Waze"

SOLVED : SERVICE BATTERY MACBOOK PRO 13 A1278 | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704

SOLVED : SERVICE BATTERY MACBOOK PRO 13 A1278 | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

FACEBOOK KAMI

SOLVED : SERVICE BATTERY MACBOOK PRO 13 A1278 | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Penulis

Comments