SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Tips 44 : Jika korang rasa Macbook Pro korang slow bila nak booting ke Mac Osx, atau slow bila nak buka satu - satu application, atau selalu hang bila running lebih dari satu application dalam satu masa, korang boleh cuba untuk upgrade ke Solid State Drive (SSD) untuk mendapatkan kelajuan ke tahap maksimum untuk Macbook Pro korang

Artikel kami kali ini mengisahkan customer datang mengadu kepada kami bahawa Macbook Pro beliau agak slow dan kadang - kadang bila running application lebih daripada satu application seperti contoh buka application Adobe Photoshop dan buka satu lagi application Microsoft Office atau Google Chrome

Beliau beritahu tahap slow atau hang Macbook Pro beliau ini kadang - kadang bila tunggu buka lebih dari satu application ini mengambil masa dalam 10 - 15 minit. Ada masanya beliau boleh bersabar dengan keadaan begini, tetapi kalau beliau ada kerja yang perlu disiapkan dengan segera, masalah ini boleh menyebabkan beliau rasa nak hempuk Macbook Pro beliau

Beliau merupakan seorang freelance design logo, banner atau sebagainya. Jadi beliau perlu siapkan tempahan daripada customer beliau dengan pantas agar customer beliau tidak tertunggu - tunggu. Jadi masalah ini menyebabkan banyak design customer beliau tertangguh

Jadi beliau decide untuk cari kedai repair Macbook untuk menyelesaikan masalah beliau. Beliau cari dan mencari akhirnya terjumpa kedai kami. Beliau telefon kami menceritakan masalah beliau dan kami beritahu yang kami ada jalan penyelesaian untuk masalah beliau

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Jadi beliau terus datang ke kedai kami untuk mendengar penjelasan dari kami cara penyelesaian masalah Macbook Pro beliau. Apabila beliau sampai di kedai kami, pihak technician kami diagnose Macbook beliau dapati masalah beliau ini perlu upgrade ke SSD supaya mendapat kelajuan ke tahap maksimum untuk Macbooknya

Beliau bertanya apa itu SSD kepada kami, jadi pihak technician kami menjelaskan SSD ini merupakan komponen laptop sama fungsi seperti Hard Disk (HDD) tetapi didalamnya disolder dengan board menyebabkan SSD ini berkali - kali laju daripada HDD biasa

Apabila beliau mendengar penjelasan dari technician kami, beliau terus proceed untuk ambil 120GB SSD untuk menggantikan HDD lama beliau. Jadi HDD lama gantikan pada tempat CD Drive

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Pemasangan SSD dalam Macbook beliau mengambil masa dalam 30 minit manakala untuk reformat new Mac Osx mengambil masa dalam 45 minit

Kami menyuruh beliau keluar berjalan - jalan dulu sementara untuk menunggu Macbook Pro beliau siap install SSD dan reformat new Mac Osx


Akhirnya Macbook Pro beliau siap reformat Mac Osx. Beliau cuba on Macbook Pro beliau dan buka beberapa application untuk lihat perbezaan antara SSD yang baru dipasang dengan HDD lama beliau sebelum ini

Beliau sangat teruja dan berpuas hati kerana Macbook Pro beliau seolah - olah baru dibeli dari Mac Center. Beliau cuba buat kerja pada Adobe Photoshop dan running application lain sudah tiada masalah slow seperti sebelum ini

Beliau amat berpuas hati dengan kelajuan Macbook Pro beliau sekarang ini


Jadi kalau korang rasa laju ke tak laju SSD ini boleh tengok video diatas kelajuan Macbook Pro booting Mac Osx

Kalau korang mengalami masalah yang sama seperti diatas ini boleh cuba upgrade ke SSD untuk Macbook Pro korang untuk mendapat kelajuan ke tahap maksimum

JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN KAMI???

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS
OK COMPUTER SOLUTION PULAU PINANG


NO 25 TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA 7, 14000 BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM

Waktu Operasi :
BUKA ISNIN-SABTU : 10AM-8PM

AHAD CUTI

- Atas Restoran Ayu
- 2 minit dari Petronas Bandar Perda
- 5 minit dari Politeknik Seberang Perai & Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh (UiTM)
- 5 minit dari bandar Bukit Mertajam
- 10 minit dari Mydin Bukit Tengah
- 15 minit dari Butterworth

Boleh "Google Maps" atau "Waze"

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Kalau tak jumpa boleh hubungi / whatsapp / mesej :
Khairi : 018 - 461 4704

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

FACEBOOK KAMI

SOLVED : MACBOOK PRO 13 A1278 UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP KEPALA BATAS

Penulis

Comments