SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP SUNGAI BAKAP | HP PRO ONE 400 G4 SLOW & HANG

LAPTOP SLOW?

LAPTOP HANG?

LAPTOP LOW PERFORMANCE?

“Stress betul! Masa nak siapkan kerja bos bagi ni la masa laptop ni buat hal! Kerja guna Microsoft Word je, tapi lambat betul loading! Tak guna betul!” Inilah luahan dari seorang customer kami yang menghadapi masalah SLOW & HANG. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Sebelum itu admin akan senaraikan mengapa laptop anda SLOW & HANG.

👉 Browser Extensions

Anda seorang yang suka install extensions dalam browser? Extensions adalah extra program, application atau add ons pada browser anda. Browser yang paling popular di Malaysia adalah Google Chrome. Tanpa anda sedar, secara tak sengaja anda mungkin terinstall add ons/extension program ni.

Ada extensions yang sangat berguna tapi anda perlu bijak memilih add ons kerana sekiranya ia terlampau banyak di install kan dalam laptop anda, ia boleh menjejaskan performance laptop.

Antara extensions yang popular seperti blockup popper, internet download manager dan lain-lain. Jadi, apa yang boleh anda buat untuk lajukan performance laptop anda adalah anda perlu delete extensions yang tak diperlukan dari browser anda. Pastikan aplikasi yang anda download dari website yang boleh dipercayai. Dan, ingat, baca agreement dulu sebelum download atau install sebarang applications tau.

👉Buka lebih dari satu program serentak/dalam masa yang sama.

Kalau anda seorang yang suka buka terlalu banyak program dalam masa yang sama, ianya boleh menyebabkan laptop anda menjadi SLOW. Sebagai contoh, anda buat kerja photoshop, main game dan mendengar lagu di Youtube pada masa yang sama.

Size RAM menentukan keupayaan multitasking untuk sesebuah laptop. Sekiranya anda mahu lebih performance laptop dalam buka program serentak, lebih baik kalau anda mempunyai RAM GB yang lebih tinggi. Namun, kalau RAM laptop anda rendah, cuba elakkan dari buka banyak-banyak program pada masa yang sama.

👉Hardisk (HDD) rosak atau bermasalah

Salah satu punca laptop SLOW juga adalah bila hard disk laptop bermasalah. Ini kerana, kebanyakan data, gambar, file, video dan segala kerja kita biasanya kita akan simpan dalam hard disk atau Drive D bukan?

Sekiranya anda pernah melihat komponen Hard Disk, terdapat satu komponen seperti disk atau CD, pernah tengok tak retro record player, yang ada corong besar sebagai speaker. Komponen HDD membaca data sama seperti retro record player tu.  Kalau permukaan disk tu calar, ia akan menyebabkan sesetangah data yang kita simpan rosak, hilang atau tak boleh dibuka. Terutamanya kalau file windows yang terjejas kerana calar tersebut, boleh membuatkan laptop SLOW.

👉Terlampau banyak data yang disimpan dalam Dekstop dan Drive C

Berapa ramai antara anda yang mempunyai tabiat untuk simpan segala file pada desktop? Desktop background mempunyai kapasiti yang rendah untuk simpanan file, ia juga akan memakan “kuasa” RAM anda sekiranya anda simpan file pada desktop atau Drive C:/ Adalah lebih baik, setiap file itu digerakkan atau disimpan dalam Drive D:/ atau Hard disk kerana kapasiti HDD lebih besar.

👉Heavy use program atau menggunakan program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi.

Kalau anda pengguna program seperti autoCad, photoshop, AI, yang melibatkan spesifikasi laptop yang tinggi, anda perlu gunakan laptop yang dapat menampung program tersebut. Kalau anda guna laptop biasa untuk buat kerja heavy design, laptop anda mungkin akan mengalami masalah untuk bantu anda buat kerja lebih lancar. Seeloknya, elakkan dari guna program yang tidak mampu ditanggung oleh laptop anda sekiranya anda tak mahu laptop anda SLOW dan bermasalah. 

👉Kapasiti RAM

Tahukah anda yang kapasiti RAM adalah antara komponen yang terpenting dalam menentukan kelajuan laptop anda. Dengan teknologi yang semakin meningkat, program atau aplikasi yang terkini kebanyakannya mementingkan kapasiti RAM yang besar untuk ia beroperasi dengan lancar.

Antara program yang memerlukan RAM yang tinggi seperti adobe photoshop, video editing, muzik editing, animasi 3D, adobe illustrator dan sebagainya. Maka, sebelum anda nak install apa-apa program, adalah lebih baik jika anda ambil tahu apakah keperluan program tersebut, dengan itu, masalah laptop SLOW, hang dapat diatasi.

Sekiranya laptop anda mempunyai kapasiti RAM 2GB dan ke bawah,eloklah anda tambah atau upgradekan ke 4GB. Ianya lebih mudah untuk buat kerja yang perlukan multitasking program. Apa yang penting, laptop anda pun tak SLOW.

Haaaaa, admin dah senaraikan punca-punca SLOW & HANG. Cuba check laptop anda dan jangan biarkan ia SLOW & HANG berterusan. Setelah diagnose, beliau menggunakan kapasiti RAM yang sedikit dan menggunakan HDD. Apa yang dicadangkan oleh pihak kami ialah:

SOLUTION: UPGRADE RAM 8GB + SSD 480GB

Beliau pun bersetuju dan selepas upgrade RAM & SSD, performance laptop tersebut sangatlah beliau berpuas hati. Beliau berterima kasih kerana menyelsaikan masalah laptop SLOW & HANG beliau. Terima kasih kerana memilih Ok Computer Solution Pulau Pinang sebagai pakar penyelesaian masalah laptop anda 😎


SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP SUNGAI BAKAP | HP PRO ONE 400 G4 SLOW & HANG
Current hard disk (HDD)

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP SUNGAI BAKAP | HP PRO ONE 400 G4 SLOW & HANG
Before change new RAM + SSD

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP SUNGAI BAKAP | HP PRO ONE 400 G4 SLOW & HANG
SSD 480GB

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP SUNGAI BAKAP | HP PRO ONE 400 G4 SLOW & HANG
RAM 8GB

 

 

Comments