SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP BERTAM | LENOVO G400S SCREEN BLANK, SUSPECT SCREEN PROBLEM

SCREEN BLANK?

SCREEN PROBLEM?

Pasti ramai yang pernah menghadapi masalah SCREEN tak keluar display walaupun dah ON pc, betul tak? Lebih teruk yang GELAP terus. Memang kebanyakan customer kami pun hadapi masalah yang sama. JANGAN PANIK!

Apakah punca masalah SCREEN BLANK/GELAP berlaku?

1. Monitor Terlalu Uzur

Penggunaan monitor pada jangka hayat yang lama juga boleh menyebabkan masalah SCREEN tidak display. Apabila monitor anda telah uzur, elektronik dan komponen di dalam monitor akan gagal berfungsi dengan baik seperti biasa. Monitor kedua dapat membantu menguji kerosakan pada monitor yang sedang anda gunakan.

2. Sambungan Kabel Kord Longgar

Salah satu faktor yang menyebabkan SCREEN GELAP ialah sambungan yang longgar di pelbagai kord dan motherboard. Sambungan kabel mudah diperiksa pada komputer desktop, tetapi pada komputer riba agak merumitkan.

3. Kad Video/Kad Grafik Rosak

Kad video, juga dikenali sebagai kad grafik, menterjemahkan data elektronik menjadi gambar visual. Sekiranya kad ini rosak sama ada oleh kerosakan biasa atau manufacturer defect, SCREEN anda akan menjadi GELAP. Kad grafik di komputer desktop mudah diganti dengan menukar kad yang rosak dengan yang baru. Bukan seperti akad grafik laptop yang memerlukan penggantian keseluruhan motherboard sepenuhnya.

4. Masalah Motherboard

Kadang-kadang kad video anda okay je, tetapi motherboard pula yang bermasalah. Semua komponen dalam komputer anda disambungkan ke motherboard. Motherboard ialah papan litar besar yang membenarkan semua jenis hardware berkomunikasi dan berinteraksi dengan betul. Kalau motherboard anda mengalami litar pintas sama ada disebabkan tumpahan air atau ‘electrical surge’, ia mungkin akan gagal berfungsi dan tidak dapat membaca atau menggunakan pelbagai kad dan komponen yang disambung padanya.

----If you have troubleshooting but still no progress is happening on the SCREEN, please immediately take your laptop to a nearby store.

Setelah diagnose laptopnya, didapati SCREEN perlu ditukar kepadaa SCREEN baru. Beliau bersetuju untuk menukar ke SCREEN baru. Selepas ditukar, beliau berasa sangat gembira, kini masalah SCREEN BLANK sudah lagi tiada. Terima kasih kerana memilih Ok Computer Solution sebagai pakar penyelesaian masalah laptop anda 😎

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP BERTAM | LENOVO G400S SCREEN BLANK, SUSPECT SCREEN PROBLEM
BLANK SCREEN

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP BERTAM | LENOVO G400S SCREEN BLANK, SUSPECT SCREEN PROBLEM
Sebelum menukar SCREEN baru

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP BERTAM | LENOVO G400S SCREEN BLANK, SUSPECT SCREEN PROBLEM
Sambungkan connector SCREEN 

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP BERTAM | LENOVO G400S SCREEN BLANK, SUSPECT SCREEN PROBLEM
Screw SCREEN

SOLVED: KEDAI REPAIR LAPTOP BERTAM | LENOVO G400S SCREEN BLANK, SUSPECT SCREEN PROBLEM
Selepas menukar SCREEN yang baru


Comments