SOLVED : KEDAI REPAIR MACBOOK PERAI | MACBOOK AIR 11 MODEL A1369 HINGE LOOSE ISSUE

Sesapa pernah mengalami HINGE LONGGAR/ROSAK/REPUT ?

Bahasa melayu adalah engsel yang menghubungkan screen dengan body macbook. HINGE ni kalau lama tak dibawa servis dia akan KERAS. Jadi tapak skru yang memegang HINGE ni akan patah atau tercabut kerana HINGE terlalu KERAS. Hari ini ada seorang pelanggan datang ke kedai kami kerana skrin MACBOOK beliau tidak boleh dibuka. "Nak paksa untuk buka takut patah pula. Terus datang ke OKCS untuk repair", katanya. "Semua benda tak boleh buat dengan MACBOOK ini sebab susah nak tengok skrin", tambahnya lagi.

Jadi technician terus diagnose masalah tersebut. Selepas technician check memang HINGE dah ROSAK kalua tak baiki nanti akan jadi lebih teruk. Suggestion pakar kami kepada beliau adalah dengan baiki HINGE tersebut bagi mengelakkan masalah lain seperti screen pecah pada masa akan datang.

 

Simptom awal & punca kenapa HINGE bermasalah adalah disebabkan:

·        HINGE yang terlalu ketat. Kalau nak buka lid MACBOOK sampai kena bersungguh sungguh tu ketat lah tu. Akan betambah parah bila socket skru yang support HINGE pun dah start pecah dan loose.

·        Penggunaan yang agak lama boleh menyebabkan ia mula bergoyang-goyang dan mula nak pecah

Manufacturer defect terbahagi kepada 2 jenis logam untuk menghasilkan HINGE MACBOOK:

-        Jenis Besi (boleh menyebabkan ROSAK/REPUT/KERAS)

-        Jenis Alloy ( ia adalah bersifat lembut tetapi mudah crack/ROSAK ) Apabila ROSAK, ia akan menjadi longgar.

 

Bagaimana nak tahu HINGE sudah ROSAK ?

-        Ada sedikit keretakkan pada cover housing lid LCD/SCREEN pada kawasan HINGE/ENGSEL diskru.

-        Bila nak buka MACBOOK jadi ketat , dan bila buka ia akan berbunyi

 

Tak semua boleh dibaiki sendiri, dan tak semua masalah HINGE boleh dibaiki semula. Jika HINGE sudah teruk terus bawa ke kedai untuk technician lihat dan perbaiki. OKAY?? Jangan perbaiki sendiri tanpa pengetahuan apa-apa takut masalah lain pula timbul kann ? Jadilah pengguna yang cermat!

>Gembira betul owner selepas kami siap repair HINGE / ENGSEL MACBOOK beliau sehingga ianya elok semula dan owner boleh buka tutup skrin seperti biasa. Dah selesai masalah beliau kerana selepas ini skrin dapat dilihat seperti biasa semula. Semua kerja dapat disambung semula bila MACBOOK tersebut dah kembali kepada keadaan asalnya.

>Sangat berbaloi bagi mengelakkan kerosakan lain seperti skrin pecah pada masa akan datang. Buka tutup skrin juga tiada masalah jika telah dibaiki.


SOLVED : KEDAI REPAIR MACBOOK PERAI | MACBOOK AIR 11 MODEL A1369 HINGE LOOSE ISSUE
Skru pada HINGE terlalu ketat dan mula nak REPUT

SOLVED : KEDAI REPAIR MACBOOK PERAI | MACBOOK AIR 11 MODEL A1369 HINGE LOOSE ISSUE
Technician melonggarkan dahulu dan digantikan dengan skru yang baru bagi senang untuk buka dan tutup lid

SOLVED : KEDAI REPAIR MACBOOK PERAI | MACBOOK AIR 11 MODEL A1369 HINGE LOOSE ISSUE
Proses skru semula bahagian HINGE tersebut

Comments