5 Perkara Yang Mesti Di Elak Jika Ingin Laptop Tahan Dengan Lebih Lama



Jika anda seorang prihatin atau mengambil berat tentang laptop anda, sila baca semua isi artikel ini hingga habis. Jangan salahkan laptop anda jika baru sahaja beli tetapi sudah rosak, tetapi salahkan diri anda sendiri kerana leka atau tidak mengambil tahu tentang penjagaan laptop serta melakukan perbuatan yang perlu dicegah untuk memanjangkan tempoh hayat laptop anda.


Berikut adalah 5 perkara yang harus anda berhenti lakukan jika ingin memanjangkan tempoh hayat laptop anda.

1. Memegang skrin laptop
Kita sering memperlakukan laptop kita seolah-olah ia benda yang paling tahan lama di planet ini. Tapi ingat, perbuatan mengambil ataupun membawa laptop dengan memegang pada skrinnya dapat menghancurkan pada bahagian lcd skrin yang boleh menyebabkan keretakan pada skrin yang akan mengakibatkan harga yang tinggi untuk membaiki.

2. Meninggalkan laptop di tempat yang panas
Kebanyakan kita selalu meninggalkan laptop di dalam kereta ketika kita keluar. Apabila kita biarkan laptop dalam keadaan panas, ini akan mengakibatkan kerosakan pada processor laptop serta menurunkan daya tahan bateri laptop kita. Ini secara tidak langsung akan merosakkan laptop kita secara perlahan.

3. Menutup laptop dengan kuat dan keras
Keadaan ini berlaku ketika anda ingin cepat menutup laptop disebabkan hal-hal tertentu. Perlu diingatkan casing laptop anda diperbuat daripada plastik dan ia senang patah. Jadi walaupun anda ingin cepat sekali pun tapi jangan menutup laptop dengan terlalu keras kerana takut pemegang antara skrin dan laptop anda akan mudah patah

4. Sentap wayar adapter dari laptop
Hal ini sering kita lakukan saat kita sedang terburu-buru seperti keadaan diatas. Melakukan seperti ini secara tidak langsung dapat merosakkan charging port dan adapter itu sendiri.

5. Meletakkan minuman dekat laptop
Kita sering membawa makanan dan minuman dekat laptop ketika sedang menonton cerita atau movie, jadi kes melibatkan water damage (air tertumpah pada laptop) memang amat terkenal disebabkan tidak sengaja terlanggar air minuman tersebut lalu terkena pada laptop kita. Jadi perkara ini perlu dielakkan kerana peratusan baiki laptop dalam keadaan water damage ini adalah 50% - 50%.


Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut tentang laptop, call/whatsapp kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Comments