REPAIR MOTHERBOARD MACBOOK AIR A1466 ( 13 INCH, MID-2013 )


Macbook Air adalah salah satu gadget yang sedang popular sekarang. Ini adalah brand premium yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Ianya juga menjadi lambang status seseorang itu.

Hampir 30% customer yang datang ke kedai kami membawa Macbook Air mempunyai masalah yang sama seperti dibawah:


CANNOT ON
















Selalunya masalah ini berpunca dari chipset-chipset yang dah rentung terbakar.

Contoh gambar : 




Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien.

Contoh gambar : 

habuk yang tebal

Habuk disekitar motherboard dan chipset

Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun
Bagaimana hendak mengelak masalah ini? Sila klik sini


PENYELESAIAN

Kami memberikan penyelesaian utama.
Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar




Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin macbook anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard.

Oleh kerana chipset grafik Macbook Air adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset laptop biasa, 

jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi,banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk
maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung.

Penyelesaian alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM1800 ke RM2500.

Jaminan 3 bulan.

Sanggup ke???

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
- reheat
- resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangka masa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy kami happy...:)


HUBUNGI SAYA



TESTIMONI

Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa Macbook Air yang telah dibaiki oleh kami.














































Source : support.apple.com
               - google 

Comments