REPAIR MOTHERBOARD LENOVO IDEAPAD G475
LENOVO IDEAPAD G475
Lenovo Ideapad G475 menawarkan 1.60GHz AMD E-350 pemproses dual core dan AMD A50M chipset.
Mempunyai paparan LCD 14-inci dengan resolusi 1366 x 768 piksel, Radeon HD 6310 grafik, 2GB RAM, 250GB HDD, DVD writer, webcam, SD card reader, four USB 2.0 ports, D-Sub port, Ethernet LAN, Wi-Fi 802.11b/g/n.
Ia mempunyai 6-sel bateri lithium-ion dengan sehingga 5.6 jam penggunaan. Komputer riba ini berjalan pada Windows 7 Home Premium (64bit) OS. Dimensi Lenovo G475 adalah 340 x 231,8 x 17,2 ~ 34.4mm dan berat 2.2kg.
Sangat menarik dengan processor 3th generation, laptop model ini mampu memberikan prestasi maksima.TETAPI..........
Hampir 30% customer yang datang ke kedai kami membawa laptop model ini yang mempunyai masalah yang sama seperti dibawah:
- CANNOT ON
- NO DISPLAY
- AUTOSHUTDOWN
- AUTORESTART
Punca Masalah Masalah ini berpunca dari kipas yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard. Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak PENYELESAIAN Kami memberikan penyelesaian utama. Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru! Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda. Chipset grafik ini letaknya di motherboard Oleh kerana chipset grafik AMD A50M adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset laptop biasa, jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi,banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung. Penyelesaian alternatif Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru tetapi harganya menjulang ke langit RM699 keatas. Jaminan 3 bulan. Sanggup ke??? Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah: - heat gun - reball - reheat - resolder Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangka masa sangat sekejap. Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja. Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti Faedah kepada customer- - Dapat chipset baru - Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru) - Tahan lama - Harga berpatutan Faedah kepada kami - Customer happy kami happy...:) Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e-mail atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda. |
---|
Comments
Post a Comment