SOLVED: KEDAI REPAIR MACBOOK NIBONG TEBAL | MACBOOK PRO 13 A1502 BATTERY FAST DRAIN

Hi, admin menerima seorang customer yang mempunyai masalah | MACBOOK PRO 13 A1502 BATTERY FAST DRAIN. Beliau mengadu yang tak sampai 30min almost drop hampir 50%. Jadinya, tak larat asyik kena plug-in charge saja. Plus, tak boleh nak kemana. Kena duduk di satu tempat sampailah kerja tersebut siap… Jadi, beliau mengambil keputusan untuk call pihak kami dan bertanyakan tentang BATTERY MacBook tersebut. Technician kami mengambil nama model MacBook Pro tersebut dan order jika tiada stock di kedai. Sebaik saja stock BATTERY sudah sampai barulah pihak technician kami akan call beliau dan tukar on-the-spot pada hari tersebut. Beliau pun bersetuju.

Antara punca BATTERY MACBOOK DRAIN FAST:
• Tidak mengecas Bateri Macbook sehingga penuh semasa mula-mula membelinya.
• Kerap mengecas Bateri Macbook.
• Guna Macbook sambil sedang mengecas bateri.
• Bateri Macbook terlebih charge (overcharging).
• Guna Bateri Macbook yang tidak Original atau barangan Second Hand.
• Guna Macbook diatas permukaan fabrik.
• Meletakkan atau membiarkan Macbook di dalam kereta.
Nak jaga bateri Macbook yaa memang nampak terlalu mudah tetapi tidak semua yang ambil berat tentang penjagaannya.
Tips penjagaan BATTERY MacBook:
• Cas bateri Macbook yang baru dibeli sehingga penuh.
Jangan membiarkan ia terlalu lama cas sehingga panas (overheating).
• Jangan terlalu kerap mengecas Macbook.
Sekiranya bateri Macbook sudah memberi amaran bahawa Macbook perlu di cas, seeloknya berhenti daripada menggunakan laptop lalu segera shut down.
Kemudian cucuk Magsafe supaya bateri Macbook dapat di cas tanpa gangguan sehingga penuh.
• Jangan membiarkan bateri Macbook cas terlalu lama sehingga berjam-jam.
Ia boleh menyebabkan bateri menjadi panas dan rosak dengan mudah.
Jika perkara sebegini dibiarkan, ia akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut kerana telah berlakunya trickle charging.
• Jangan sesekali terdetik dihati ingin membeli dan menggunakan bateri Macbook yang tidak original atau second hand.
Harga yang murah sudah tentunya tiada kualiti dan ia juga boleh merosakkan Macbook kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar bateri walaupun kelihatan seperti bateri yang baru.
Selain itu, kualiti Magsafe juga perlu dititikberatkan.
**Jangan menggunakan Magsafe yang tidak original dan tidak berkualiti tinggi kerana Magsafe tersebut akan menjejaskan keselamatan anda serta Macbook terutamanya bateri.
SOLUTION: NEW BATTERY REPLACEMENT
Beliau sangat gembira kerana masalah BATTERY DRAIN sudah tiada lagi. Untuk charge kali pertama technician menyuruhnya cas selama 6 jam. Beliau akan recommend kepada rakan-rakannya jika mempunyai masalah yang sama atau masalah lain. Terima kasih kerana memilih Ok Computer Solution Pulau Pinang sebagai pakar penyelesaian masalah MacBook anda 😎
SOLVED: KEDAI REPAIR MACBOOK NIBONG TEBAL | MACBOOK PRO 13 A1502 BATTERY FAST DRAIN

SOLVED: KEDAI REPAIR MACBOOK NIBONG TEBAL | MACBOOK PRO 13 A1502 BATTERY FAST DRAIN

SOLVED: KEDAI REPAIR MACBOOK NIBONG TEBAL | MACBOOK PRO 13 A1502 BATTERY FAST DRAIN




Comments